PENCAPAIAN

Pencapaian Pelajar

Kejayaan sesuatu program itu selalunya diukur dari pencapaian yang diperolehi oleh pelajar-pelajar yang mengikuti program berkenaan. Dalam hal program tarbiyyah Sekolah Menengah Islam Al-Husna juga terikat kepada telahan ini. Kalau inilah sahaja yang diambil sebagai ukuran, maka kita hanya mengukur pencapaian dari satu aspek sahaja. Kita tidak akan mengambil pertimbangan tentang akhlak, ruhiyah dan persepsi pelajar lulusan Sekolah Menengah Islam Al-Husna.

Cuma yang dapat dikatakan bahawa setiap pelajar yang lulus dari program tarbiyyah Sekolah Menengah Islam Al-Husna, dari aspek Ad-Dien (mereka mengambil dua jurusan iaitu ad-dien dan sains tulen atau ad-dien dan sastera) mereka sudah lulus peperiksaan kelolaan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Selain dari itu mereka juga sudah lulus Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA). Dari dua pencapaian ini secara kebendaan mereka sudah mampu mengikuti pengajian jurusan Ad-Dien di mana-man kolej, IPTA atau IPTS di dalam dan luar negeri.

Selain dari itu mereka telah menghafal sekurang-kurangnya lima juz Al-Quran. Kalau mereka gagal dalam matapelajaran Hifz Al-Quran dan Al-Hadith mereka tidak akan memperolehi kebenaran untuk menduduki peperiksaan SMA dan SPM. Setiap pelajar yang lulus dari Sekolah Menengah Islam Al-Husna mempunyai kemampuan ini sama ada pelajar itu mengambil jurusan Sains Tulen atau Sastera.

Peperiksaan Menengah Rendah (PT3)

BIL NAMA CALON TAHUN GRED
1 Sahizawati bt. Jaafar 1998 7A
2 Mohd. Matin bin Razak 1999 9A
3 Nurhidayati bt. A. Aziz 1999 9A
4 Mohd. Zaim bin Mat Husin 2000 8A
5 Mohd. Asyraf bin Zamzam 2000 6A
6 Burhanuddin bin Abd. Rahim 2000 5A
7 Mohd. Taufieq bin Mustafa 2001 8A
8 Mohd. Ihsan bin Syed Hamid 2001 7A
9 Ruzzana binti Razak 2001 9A

Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

BIL NAMA CALON TAHUN GRED
1 Nurhidayati bt. Abd. Aziz 2001 9A
2 Mohd. Matin bin Razak 2001 6A
3 Burhanuddin Abd Rahim 2001 7A
4 Alia Al-Yafii 2004 7A
5 Ahmad Rafiudin bin Maskuri 2005 7A
6 Muhammad Huzaifah mohd Fozi 2006 9A
7 Muhammad Hazwan Hamidan 2007 6A
8 Muhammad Izzuddin Ismail 2009 3A
9 Varich Ritmoon 2010 3A
10 Masnee Binti Mohd Yusuf 2011 5A
11 Arofat Samo 2012 3A
12 Faza Iman Binti Anuwar 2013 5A
13 Puteri Az-zahra Fauziah 2014 4A
14 Amirul Hakimi b. Zawawi 2015 8A
15 Khairussalam b. Abd Latib Akhibi 2015 5A
16 Suppanut Pongvijan 2015 5A
17 Amanah Phumhirun 2015 4A
18 Amir Ashraf Bin Safaruddin 2017 10A

Profil Pelajar Cemerlang SPM 2015 dan Profil Bekas Pelajar Al-Husna