PENGENALAN SEKOLAH

Pengenalan

Sekolah Menengah Islam Al-Husna merupakan sebuah sekolah Islam swasta berasrama penuh.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Prof Dr Zakaria Bin Awang Soh dan telah beroperasi selama 18 tahun. Dasar tarbiyyah adalah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah di mana sekolah ini menekankan kepada empat unsur iaitu :

  • Aqidah yang sahih
  • Ibadah yang soleh
  • Akhlak yang karimah
  • Kesepaduan ilmu aqli dan naqli

Sekolah Menengah Islam Al-Husna atau nama singkatnya SMI Al-Husna adalah sebuah wadah Tarbiyyah Islamiyah yang ditegakkan atas dasar kesedaran tentang keperluan ummah akan satu program pendidikan yang menyepadukan secara kental dan tegar, secara kamil dan mantap aqidah yang murni dan amalan yang soleh di dalam kehidupan sehari-harian di dunia ini. Tanganan ini tercerna dari firman Allah ‘Azza wa Jalla:

(tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku)
azzariyat: 56


SMI Al-Husna mula beroperasi sejak tahun 1995, selepas lima tahun kajian dan persediaan dilakukan. Pada masa itu bangunan sekolah merupakan sebuah bangunan kayu dan sebuah surau. Pada pertengahan tahun 1995 pihak pengurusan sekolah membeli sebidang tanah seluas 2 1/2 ekar untuk dijadikan tapak tetap sekolah.

Pembinaan satu blok 3 tingkat dan 4 unit rumah guru bermula pada bulan Februari 1996. Kerja pembinaan keseluruhan bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada awal 1997. Pada pertengahan tahun 1997, sebuah bangunan dewan makan dan kantin telah dibina. Pada awal tahun 2000 sebuah blok bangunan dua tingkat yang mengandungi bilik darjah pelajar puteri, musolla puteri, perpustakaan dan makmal komputer puteri mula dibina. Pada bulan Ogos 2000 pembangunan ini siap dan mula digunakan.