STRUKTUR PENGURUSAN

Struktur Pengurusan

Dalam menggubal dan merencanakan program ini kita berpegang kuat kepada peringatan Allah ’Azza wa Jalla yang terkandung di dalam Surah Ash-Shaff ayat 4:



[Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh]
Ash-Shaff : 4


Demi memastikan perjalanan sekolah dapat diteruskan dengan sempurnanya, beberapa badan telah dibentuk. Tiga badan utama diwujudkan sesuai dengan keperluan Akta Pelajaran Negara. Tiga badan tersebut ialah:

  1. Lembaga Pengelola Sekolah
  2. Lembaga Pengurusan dan Pentadbiran
  3. Persatuan Ibu Bapa & Guru

LEMBAGA PENGELOLA berfungsi sebagai payung yang berperanan untuk memastikan perjalanan sekolah adalah tidak bertentangan dengan Akta Pelajaran Negara dan Majlis Agama Islam Negeri. Lembaga ini bertanggung jawab tentang pendaftaran sekolah, pengubal polisi dan peraturan sekolah secara am, pengawasan terhadap pelaksanaan polisi dan pematuhan kepada peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri serta urusan berkaitan pengambilan kakitangan. Lembaga ini terdiri daripada lima orang anggota sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Pelajaran Negara. Lembaga Tatatertib Kakitangan dibentuk di bawah lembaga ini.


LEMBAGA PENGURUSAN & PENTADBIRAN berfungsi untuk melaksanakan program tarbiyyah di peringkat sekolah. Ahli-ahlinya terdiri daripada:

  1. Mudir
  2. Seorang Penolong Kanan
  3. Ketua-ketua Jabatan Akademik

Di bawah Lembaga ini berbagai-bagai Jawatankuasa ditubuhkan untuk menyelia, melaksana dan menilai semua kegiatan akademik dan bukan akademik. Sehingga kini badan-badan yang telah ditubuhkan ialah:

  1. Jawatankuasa Kurikulum
  2. Jawatankuasa Kokurikulum
  3. Lembaga Disiplin

Selain daripada Jawatankuasa di atas seorang Timbalan Mudir/Penolong Kanan ditugaskan untuk mengendalikan semua program Kokurikulum dan seorang lagi untuk menyelia Hal Ehwal Pelajar. Di bawah kedua-dua kelompok ini, berbagai-bagai Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menangani kegiatan-kegiatan masing-masing.


PERSATUAN IBU BAPA & GURU dibentuk atas dasar mengikatkan penglibatan bersama Ibubapa di dalam program-program sekolah. Memandangkan sekolah ini adalah wadah jihad di jalan Allah dan sarana untuk kita beramal jariah yang bertali menali sehingga hari kiamat, maka Persatuan Ibu Bapa & Guru bertanggungjawab sama di dalam hal dana dan pembangunan sekolah. Konsep yang dipegangi ialah sekolah ini adalah tanggungjawab semua pihakUntuk melicinkan usaha dan urusan, Jawatankuasa-Jawatankuasa telah dibentuk. Antara Jawatankuasa yang sedia ada ialah:

  1. Jawatankuasa Induk Majlis
  2. Jawankuasa Khas Majlis
  3. Jawatankuasa Dana & Pembangunan


[Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia; dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu memisahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu wasiat yang diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa] Al-An’aam : 153